Thursday, March 10, 2011

khasiat ulam-ulaman



KESEDARAN tentang keperluan untuk kembali menggunakan herba alami dan ulam-ulam tempatan sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan  berterusan  mendorong pelbagai pihak memberi tumpuan kepada penggunaan dan khasiat yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Ulam adalah juadah penting dalam hidangan   harian di kalangan masyarakat Melayu dan trend itu kini menjadi ikutan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersam nasi sebagai pembuka selera.
Ulam mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia.
Selain itu juga, ulam-ulaman mengandungi serat, asid folik dan Zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah kajian saintifik juga membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan lemak dan juga merendahkan kadar kolestrol dalam badan seseorang.
Telah terbukti ulam berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi  manakala pucuk ubi pula mengandungi vitamin C  yang tinggi.
Malah berdasarkan penggunaan ulam yang berterusan, seorang warga emas mendakwa pelbagai penyakit dapat disembuhkan termasuklah kencing manis, darah tinggi, strok dan penyakit berbahaya yang lain.
Dengan khasiat dan nilai pemakanan yang tinggi itu, rakyat Malaysia disarankan supaya mengamalkan ulam-ulaman agar kulit kekal sihat dan awet muda sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan berterusan.
sumber : herba prima marketing


No comments: