Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

khasiat ulam-ulaman



KESEDARAN tentang keperluan untuk kembali menggunakan herba alami dan ulam-ulam tempatan sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan  berterusan  mendorong pelbagai pihak memberi tumpuan kepada penggunaan dan khasiat yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Ulam adalah juadah penting dalam hidangan   harian di kalangan masyarakat Melayu dan trend itu kini menjadi ikutan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersam nasi sebagai pembuka selera.
Ulam mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia.
Selain itu juga, ulam-ulaman mengandungi serat, asid folik dan Zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah kajian saintifik juga membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan lemak dan juga merendahkan kadar kolestrol dalam badan seseorang.
Telah terbukti ulam berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi  manakala pucuk ubi pula mengandungi vitamin C  yang tinggi.
Malah berdasarkan penggunaan ulam yang berterusan, seorang warga emas mendakwa pelbagai penyakit dapat disembuhkan termasuklah kencing manis, darah tinggi, strok dan penyakit berbahaya yang lain.
Dengan khasiat dan nilai pemakanan yang tinggi itu, rakyat Malaysia disarankan supaya mengamalkan ulam-ulaman agar kulit kekal sihat dan awet muda sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan berterusan.
sumber : herba prima marketing


Thursday, January 13, 2011

kesilapan semasa bsenam

Masih ramai yang tidak tahu akan sebenarnya senaman memerlukan tertib bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa bersenam.

Antara sebab-sebab berlakunya kesilapan seperti berikut:

Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan
Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat dan awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap
Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

Tidak minum secukupnya
Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.

Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik 
sumber : herba prima marketing



Thursday, January 06, 2011

punca badan berbau

Masalah badan berbau tidak asing lagi kepada masyarakat kerana boleh menimbulkan rasa kurang selesa biarpun kepada si pembawa mahupun orang disekeliling samada di rumah, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya.

Selain itu ianya juga boleh menghakis keyakinan diri seseorang yang mengalami masalah (badan bau) untuk berhadapan dengan orang lain.

Sesuatu penyakit biasanya saling berkaitan diantara satu sama lain dan untuk mengatasi penyakit tersebut perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah punca sebenar sesuatu penyakit.

Masalah bau badan boleh terjadi akibat dua faktor iaitu sistem pencernaan bermasalah, tidak berfungsi sepenuhnya yang disebabkan oleh masalah hati,hempedu,ginjal di mana penapisan tidak berlaku sepenuhnya sehingga bahan tersebut dikeluarkan melalui peluh.

Kehadiran bakteria di kawasan peluh yang menjalankan aktiviti akan menghasilkan sisa-sisa perkumuhan juga boleh mengeluarkan bau.
sumber : herba prima marketing


Saturday, December 11, 2010

KEISTIMEWAAN BIBERRY

Buah Bilberry mempunyai hubungan rapat dengan Blueberry dan ia terkenal dengan daya memperkuatkan kapilari-kapilari mata. Buah Bilberry melambatkan proses kemunduran macular berkaitan dengan usia, rabun malam dan gangguan mata yang berkaitan dengan diabetis. Bilberry adalah sejenis buah berry yang ditemukan di benua Eropah, menyerupai blueberry di Amerika Syarikat. Bentuknya bulat berukuran hanya setengahnya dari buah anggur hitam. Pada abad 19 bilberry di daratan Inggris disebut ‘black heart’ (hati hitam) kerana warnanya yang kehitaman.
Berbeza dengan blueberry yang cairan buahnya berwarna hijau muda, bilberry memiliki cairan berwarna merah atau unggu dan kadang meninggalkan kesan di tangan. Sejak abad ke 16, bilberry telah digunakan sebagai herba untuk mengubati keradangan usus dan masalah lain yang berhubungan dengan perut. Di abad pertengahan bilberry banyak dipakai sebagai tonik dan antiseptik pada jangkitan pada mulut.
Buah ini juga bisa dimanfaatkan untuk meningkatkan daya penglihatan mereka di waktu malam. Hal ini kerana bilberry mengandung zat flavanoid bernama polifenol. Zat polifenol ini membantu meningkatkan sirkulasi mikro dalam metabolisme tubuh, dan melancarkan aliran darah pada retina mata.
Warna bilberry yang ungu gelap mengandung pigmen antosianin. Pigmen ini berguna untuk menurunkan risiko penyakit kanser, mata, jantung dan system peredaran darah jantung.
Manfaat bilberry yang terbesar adalah memperlancar perjalanan darah dalam tubuh, menguatkan pembuluh darah, mengurangi risiko terjadinya penggumpalan darah serta memberikan kesan kekejangan pada otot. Kerana itu, bilberry membuatkan kulit Anda kelihatan sihat dan berseri merah muda, tidak pucat. Selain itu, otot yang rileks akan membantu kulit wajah tetap awet muda.
Di Eropah kini penemuan bahawa bilberry mengandung antioksidan yang merupakan ‘pelindung’ tubuh dari radikal bebas. Antioksidan ‘mengorbankan dirinya’ untuk melawan radikal bebas agar tidak mengambil ion-ion dari permukaan kulit yang menyebabkan kulit cepat berkedut Jadi, selain membuat kulit kelihatan sihat, bilberry juga membantu agar kulit wajah terjaga keindahannya.
sumber : herba prima marketing


Friday, December 10, 2010

KHASIAT KACIP FATIMAH


Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.


Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.
Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.


sumber : herba Prima Marketing

Monday, November 29, 2010

Vitamin K


Kita lazim mendengar kebaikan vitamin A, B, C, D dan E dalam aspek kecantikan dan penjagaan kulit. Lewat ini, pakar kecantikan dan penjagaan kulit berjaya membongkar rahsia di sebalik keunikan vitamin itu.
Ia semakin popular dalam industri kecantikan dan boleh didapati dalam bentuk krim, cecair, losen, topeng muka serta banyak lagi.
Vitamin K ialah sejenis vitamin pelarut lemak. Ia sangat baik untuk membeku pengaliran darah pada tahap normal dan membekalkan esen protein yang menahan khasiat kalsium yang baik untuk kesihatan tulang.
Vitamin K juga menjamin keanjalan kulit yang biasanya menurun seiring dengan peningkatan usia. Bagi mereka yang menghidap penyakit kedutan kulit secara genetik, vitamin itu sesuai digunakan tanpa was-was.
Vitamin K biasanya boleh didapati daripada kumpulan sayur-sayuran hijau seperti bayam, daun salad, kubis daun, biji-bijian dan sesetengah jenis buah seperti avokado, buah kiwi serta pisang.
Daging, susu lembu, produk tenusu lain, telur dan produk yang diperbuat daripada soya juga menjadi sumber vitamin K.
Kebaikan Vitamin K ialah baik untuk menghilangkan garis-garis halus yang terbentuk di bahagian mata dan lingkaran hitamnya. Ia juga menambah baik warna dan struktur kulit.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit bertompok, produk yang diperbuat daripada vitamin itu dijamin mampu memberi hasil signifikan.
Keburukan jika dos berlebihan ialah jika dimakan dalam jumlah yang besar, vitamin K boleh memudaratkan kesihatan seperti memecahkan sel darah merah. Ia juga dikenali sebagai penyakit kuning.
Dalam kes-kes kritikal, pengambilan secara berlebihan boleh membawa kepada perubahan pembentukan tulang, kerangka, hati membengkak, anemia, keguguran rambut dan simptom susulan lain.
Adalah mustahak mengenali dan mempelajari kesan reaksi daripada vitamin yang diambil. Dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan vitamin yang tepat untuk tubuh badan.


Sunday, November 28, 2010

GULA PENYEBAB DIABETES


Gula merupakan sesuatu makanan tanpa khasiat yang tidak diperlukan langsung di dalam badan malah jika ianya diambil secara berlebihan akan berlakunya penyingkiran zat di dalam badan.

Jika berlakunya penyingkiran zat di dalam badan, antibodi di dalam badan akan menjadi kurang dan boleh menyebabkan tubuh badan mudah untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya serta boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan badan.

Pengambilan  kadar gula dalam badan yang berlebihan membolehkan peningkatan gula dalam darah akan bertambah dan mengakibatkan individu menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes. Jadi, masyarakat perlu memastikan pengambilan gula didalam kehidupan seharian dapat dikurangkan dengan cara mengawal gula secara teratur.

Pengamalan diet seimbang mengikut cadangan yang sesuai, bersukan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghindarkan dari segala bencana dan penyakit. Oleh itu, masyarakat perlulah mengawal cara pemakanan dan gaya hidup jika mereka sayangkan kesihatan tubuh badan mereka.

Ini adalah cara terbaik untuk membolehkan “pembunuh manusia” itu dihindari dan masyarakat dapat menjalani kehidupan seharian di dalam keadaan yang sihat sejahtera.         


Monday, November 22, 2010

JAUNDIS NEONATAL (PENYAKIT KUNING)

Apakah jaundis neonatal ???

Jaundis neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirubin dalam darah di kalangan bayi.

KERNICTERUS ???

Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.

Apakah penyebab jaundis neonatal ???

Jaundis boleh terjadi akibat proses fisiologi normal : iaitu bila bayi baru lahir masih tidak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilrubin keluar daripada badan mereka.

Ia juga boleh terjadi akibat proses patologi (penyakit) dan akibat lain seperti

1)Faktor umum :
Bayi premature
Kurang air
Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran
Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis

2)Pemecahan darah :
Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility

3)Jangkitan kuman (sepsis):
Jangkitan otak
Jangkitan salur kencing
Jangkitan dalam kandungan : herpes, cmv

4)Kesan metabolik :
Kurang hormon tiroid
Galaktosemia

5)Sumbatan pada aliran bilirubin :
Penyempitan salur biliari : biliari atresia
Jangkitan neonatal hepatitis

APAKAH PENGURUSAN KES JAUNDIS NEONATAL ???

* Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan ujian darah venous dan kapilari
* Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira
* umur bayi : lebih bahaya jika bayi umur <24jam
* Keadaan umum bayi

Penyebab jaundis

Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah

APAKAH RAWATAN yang biasa ???

Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :
1) Fototerapi
Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.

2) Exchange Transfusion (ET)
Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.

p/s : - hohoho bahaya jugak pyakit kuning ni ekk..huhuhu