Monday, November 29, 2010

Vitamin K


Kita lazim mendengar kebaikan vitamin A, B, C, D dan E dalam aspek kecantikan dan penjagaan kulit. Lewat ini, pakar kecantikan dan penjagaan kulit berjaya membongkar rahsia di sebalik keunikan vitamin itu.
Ia semakin popular dalam industri kecantikan dan boleh didapati dalam bentuk krim, cecair, losen, topeng muka serta banyak lagi.
Vitamin K ialah sejenis vitamin pelarut lemak. Ia sangat baik untuk membeku pengaliran darah pada tahap normal dan membekalkan esen protein yang menahan khasiat kalsium yang baik untuk kesihatan tulang.
Vitamin K juga menjamin keanjalan kulit yang biasanya menurun seiring dengan peningkatan usia. Bagi mereka yang menghidap penyakit kedutan kulit secara genetik, vitamin itu sesuai digunakan tanpa was-was.
Vitamin K biasanya boleh didapati daripada kumpulan sayur-sayuran hijau seperti bayam, daun salad, kubis daun, biji-bijian dan sesetengah jenis buah seperti avokado, buah kiwi serta pisang.
Daging, susu lembu, produk tenusu lain, telur dan produk yang diperbuat daripada soya juga menjadi sumber vitamin K.
Kebaikan Vitamin K ialah baik untuk menghilangkan garis-garis halus yang terbentuk di bahagian mata dan lingkaran hitamnya. Ia juga menambah baik warna dan struktur kulit.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit bertompok, produk yang diperbuat daripada vitamin itu dijamin mampu memberi hasil signifikan.
Keburukan jika dos berlebihan ialah jika dimakan dalam jumlah yang besar, vitamin K boleh memudaratkan kesihatan seperti memecahkan sel darah merah. Ia juga dikenali sebagai penyakit kuning.
Dalam kes-kes kritikal, pengambilan secara berlebihan boleh membawa kepada perubahan pembentukan tulang, kerangka, hati membengkak, anemia, keguguran rambut dan simptom susulan lain.
Adalah mustahak mengenali dan mempelajari kesan reaksi daripada vitamin yang diambil. Dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan vitamin yang tepat untuk tubuh badan.


4 comments:

honeyvsbee said...

jarang makan sayur dah niii

zianazone @ appleijo said...

awat plak ko jarang makan sayur beb??

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

zianazone @ appleijo said...

ur welkam.. :)