33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat Koleksi PETUA Tradisional, tips
oleh Petua Nenek kebayan (sy share dr FB ni)
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik
Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts
Thursday, October 06, 2011
Thursday, December 16, 2010
lemak berlebihan bawa keburukan
Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan kita, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan kita ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi.
Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Selain itu, lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut.
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi serta ianya juga boleh mengakibatkan kematian jika tiada pengawalan cara pemakanan yang mempunyai lemak.
Disamping itu, hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan.
Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tidak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.
sumber : herba Prima Marketing
Wednesday, December 15, 2010
Adab Makan Semasa Berdiet
Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan sebenarnya perkara yang baik. Menurut kajian, salah satu sebab mengapa orang Perancis kurang mengalami masalah obesiti daripada orang Amerika ialah kerana mereka mengambil masa mengunyah makanan sebelum menelannya.
Menurut pakar, mengunyah makanan secara perlahan-lahan membuatkan perut terasa cepat kenyang dan ini mengelakkan seseorang mengambil makanan dengan banyak.
Cuba lakukan helah berikut ketika makan.
Menurut pakar, mengunyah makanan secara perlahan-lahan membuatkan perut terasa cepat kenyang dan ini mengelakkan seseorang mengambil makanan dengan banyak.
Cuba lakukan helah berikut ketika makan.
- Letakkan susu atau garpu ke bawah ketika mengunyah makanan.
- Teguk sedikit air selepas setiap kunyahan.
- Kunyah makanan sehingga hancur sebelum menelannya.
- Gunakan pinggan yang lebih kecil (diameter 23cm). Ini bertujuan untuk membuatkan pinggan anda kelihatan penuh, tetapi makanan yang diambil sekadar mencukupi.
- Malah Rasulullah sendiri mengunyah 40 kali sebelum menelan makanan
Saturday, December 11, 2010
CEGAH OBESITI
OBESITI dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser. Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Keadaan itu berlaku akibat pemakanan yg tidak teratur dan pengambilan makanan yang tidak seimbang, bergoreng serta kurang aktiviti senaman.
Pemakanan yang sihat amat penting untuk tubuh manusia,ini adalah kerana diet pemakanan yang teratur dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik.obesiti biasanya berkait rapat dengan masalah penyakit jantung pada peringkat awal, gemuk atau obesiti boleh menyebabkan masalah seperti sukar berjalan,sakit belakang,sering keletihan,menjejaskan keadaan kulit dan sesak nafas.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, berat badan berlebihan ini akan menjadi lebih teruk dengan ancaman penyakit yang boleh membawa maut dan juga cenderung untuk mendapat kanser dan ini amat membimbangkan
Jika anda mengalami obesiti, usah risau dan bimbang kerana anda mampu mencegahnya. Ubah gaya hidup anda dan makanlah ikut keperluan,sentiasa melakukan senaman termasuk banyak minum air yang dapat membantu membakar kalori dalam tubuh seseorang.
Anda mampu lakukan sebelum terlambat dan pencegahan itu lebih baik dari mengubati. Produk Pelangsingan Jus Mate 5(JM5) adalah altenatif terbaik kepada 16 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Ingatlah!!! Dua daripada setiap orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan.kalau sesiapa yg berminat nak beli jusmate5..bleh call aida ekk 017-3899133 atau pun email jer terus aida_farizan@yahoo.com

Friday, December 10, 2010
Khasiat Stoberi
Selain mempunyai warna yang cantik dan bentuk yang unik, buah strawberi amat sedap dinikmati ketika dipetik segar serta menjadi kegemaran ramai.
Buah strawberi mempunyai pelbagai khasiat . Antaranya ialah warna merah pada strawberi
yang mengandungi kaya pigmen warna antosianin serta agen antioksidan yang tinggi.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan. Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit. Tetapi buah strawberi mudah tercemar dan strawberi yangsudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.

Saturday, November 27, 2010
khasiat belimbing
Belimbing atau nama saintifiknya, Averhoa crambola merupakan salah satu jenis buahan tropika popular yang enak dan boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk.Buah belimbing bukan saja enak dimakan, tetapi buahnya juga boleh dibuat jus serta mempunyai pelbagai khasiat terutamanya mencegah tekanan darah naik.
Belimbing mempunyai pelbagai khasiat.
Belimbing tergolong di antara buah yang dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam tubuh, bahkan belimbing mampu mencegah timbulnya penyakit hepatitis.Buah ini merupakan sumber vitamin, khususnya vitamin A dan C, sebagai antioksidan serta mampu mencegah penyebaran sel-sel kanser dan meningkatkan daya tahan tubuh.Belimbing memiliki kandungan energi kalori, protein, lemak, karbohidrat, mineral, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, serat, dan air.
Selain itu belimbing juga memiliki kandungan serat yang baik sehingga dapat membantu melancarkan proses pencernaan, dan mengandung kadar kalium tinggi, serta natrium yang rendah sebagai ubat hipertensi.Bagi pengidap kencing manis, belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi
Friday, November 26, 2010
alasan perlu minum air kelapa
Air kelapa mempunyai pelbagai khasiat berbanding air buahan yang lain ,namun air kelapa lebih nutrisi berbanding dengan susu kerana tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak.Selain itu juga air kelapa dapat memperbaiki pengaliran darah dan mampu membersihkan saluran pencernaan.
Seterusnya air kelapa juga bukan sahaja membantu sistem imunisasi dalam badan tetapi membantu melawan pelbagai jenis virus penyakit.
Jadikan air kelapa sebagai amalan kerana dapat membantu mereka yang mengalami penyakit batu ginjal serta dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Mencukupi dengan hanya meminum segelas air kelapa dapat meredakan kesakitan akibat susah membuang air kecil.Pening dan mabuk juga dapat diredakan dengan meminum air kelapa yang mempunyai khasiat yang baik untuk badan kerana air kelapa mengandungi elektrolit dan potasium dimana potassium dapat mengimbangi tubuh untuk tekanan darah dan berfungsi untuk organ jantung.

Thursday, November 25, 2010
Buah-buahan & menurunkan Berat Badan
Kebaikan Buah-buahan Yang Mampu Membantu Anda Menurunkan Berat Badan
RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.
1. Limau gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
2. Oren
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.
3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.
4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam
tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.
6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut

Wednesday, November 24, 2010
petua diet sehat
Ramai orang mahu menguruskan badan dan pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.
Berikut ialah petua untuk diet yang sihat:
* Potong buah-buahan yang digemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
* Sekiranya anda peminat roti, pilihlah jenis ‘wholegrain’.
* Jauhi makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus dan baca dahulu label makanan mengenai kandungannya.
* Pilih mentega yang kurang lemak.
* Catatkan semua makanan yang anda makan selama dua minggu.
* Cari rakan-rakan untuk sama-sama berdiet kerana secara tak langsung, ia akan memotivasikan antara satu sama lain.
* Cara baru untuk membantu anda berdiet ialah gunakan penyepit ketika makan. Ia akan melambatkan anda makan dan cepat kenyang.
* Utamakan kualiti makanan berbanding kuantiti.
* Tambahkan sedikit rasa pedas atas rempah ratus dalam makanan bagi meningkatkan metabolisma tubuh anda.
* Soya merupakan alternatif terbaik untuk susu rendah lemak.

Tuesday, November 16, 2010
6 CARA TERBAIK TINGKATKAN METABOLISME
METABOLISME berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.
Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.
Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.
Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :
1. Bersenam
2. Bersarapan pagi
3. Makan dengan lebih kerap
4. Minum air
5. Minum teh' hijau
6. Mendapat rehat yang secukupnya
Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

Monday, November 15, 2010
Pemakanan Seimbang
Kita memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian serta makanan yang mampu memberi dan menambahkan tenaga bagi memastikan badan kita mampu melakukan kerja-kerja harian dan otak kita pula mampu berfikir.
Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita. Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Corak dan cara pengambilan makanan yang sistematik perlu dimulakan di peringkat awal lagi iaitu ketika kanak-kanak supaya amalan ini akan menjadi kebiasan apabila kita menanjak dewasa dan memberikan kesan yang berterusan serta memberikan tahap kesihatan yang optimum.
Kebanyakan di antara kita lupa atau terlalu sibuk untuk menyediakan makanan yang ingin dimasak daripada sumber bahan mentah yang segar. Kita sering mengambil langkah yang mudah dengan membeli makanan ´dingin beku´ atau membeli makanan segera seperti burger, speggeti dan banyak lagi tanpa memikirkan sumber khasiat yang ada dalam makanan tersebut.
Tabiat makanan seperti ini tidak sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang baik sehingga mencapai usia yang menjangkau lepasan pencen kerana tahap kolestrol yang tinggi terdapat dalam makanan seperti ini.
Selain itu, bahan-bahan makanan seperti ini terdedah pada penggunaan bahan pengawet dan pewarna yang tidak sesuai dimakan dalam tempoh yang terlalu kerap. Malahan makanan seperti ini juga telah kehilangan zat-zat yang diperlukan oleh badan dan antara cara permakanan yang tidak baik untuk diet yang seimbang.
* Makanan yang terlalu banyak lemak dan kolesterol
* Makanan yang mengandungi gula yang berlebihan
* Makanan yang banyak kandungan garam
* Makanan yang kurang berserat
* Perisa tambahan
* Kandungan kafein yang tinggi
* Pengambilan alkohol

Wednesday, October 27, 2010
jogging
dah lama tk guna kas0t ni..baru smalam aku gunakan dia balik hehehe..harap hari ni..esok dan seterusnya..aku akan slalu guna kan dia yeahhh dan harap2 gak langit slalu cerah aminnn
Thursday, October 07, 2010
Jus Mate 5
masa di akademi cabaran langsing dR.Rozmey..diet yg disaran kan kpd semua pserta ialah..pagi 1paket jusmate..tghari sup sayur..petang potongan buah2 an..malam sebelum tdur 1paket jusmate..dan banyak kan minum air mineral..so kpd sesiapa yg berminat boleh call aida PENGEDAR & PESERTA Akdemi Cbran Lngsing & Jutawan (ACL)... dR Rozmey Musim Ptma"
♥ Mjual Produk Keluaran HPM (Jusmate5)
♥ Guide & tips akn diberi bdsarkn pglaman d ACL
♥ contact
017-3899133
E-mail: aida_farizan@yahoo.com
YM : aida_farizan
♥ Mjual Produk Keluaran HPM (Jusmate5)
♥ Guide & tips akn diberi bdsarkn pglaman d ACL
♥ contact
017-3899133
E-mail: aida_farizan@yahoo.com
YM : aida_farizan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Me..my Self n i..
(207)
Wordless Wednesday
(23)
Sengal
(22)
Bl0g aku bkn bl0g ko
(17)
Diet
(13)
blog contest
(13)
Lirik Lagu Peberet
(9)
info
(8)
GiveAway
(7)
churpchurp
(7)
award
(6)
sharing is caring
(5)
Nuffnang
(4)
TAG
(4)
tips
(3)
Emm Dugaan
(2)
yummy
(2)
Advertlets
(1)
I'm traveller
(1)
Opera
(1)
blog larian
(1)
kata-kata hikmah
(1)
me
(1)
vanilla coklat
(1)
ads
ab0ut me, my self n i..
Followers
Search This Blog
bl0g yg sy suka leypak
-
-
Lelaki umur 40an kena tidur awal !2 weeks ago
-
Aku pesakit kemurungan2 years ago
-
-
-
-
Read Everywhere I Look Free6 years ago
-
Hari Wilayah Persekutuan6 years ago
-
Langkawi, Kedah6 years ago
-
-
-
ANUGERAH TERINDAH 13/11/20187 years ago
-
KF8 Download The Old Man and the Sea7 years ago
-
-
1 tahun 1 bulan 27 hari8 years ago
-
-
-
Scrub Paling Best?9 years ago
-
Rindu pada yang tiada10 years ago
-
-
-
-
Benarkah?10 years ago
-
-
Princess in the house10 years ago
-
Oh, Suamiku Cemburu10 years ago
-
-
Tips mengamalkan Qaseh Gold11 years ago
-
Excellent Coupon Guidance For Your Saving11 years ago
-
-
30 Hari Menjadi Ibu11 years ago
-
-
Kelas Macaron di CuitCuteCakes11 years ago
-
Who usually seeks herbak blends11 years ago
-
Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine12 years ago
-
Selamat bertemu kembali Ya Ramadhan.12 years ago
-
-
Aku Terima Nikahnya12 years ago
-
-
My last post12 years ago
-
APA ADA PADA NAMA?12 years ago
-
-
First day keje12 years ago
-
-
Rayyan warded..12 years ago
-
-
KAD 066 - TAKE CARE13 years ago
-
READYMADE ITEM ~ TERBAEKKK PRICE...13 years ago
-
I'm in UNIMAS now13 years ago
-
Memujuk diri13 years ago
-
Best Vacation Photo13 years ago
-
Wordless Friday13 years ago
-
Winning Entry ~ TDK ICube14 years ago
-
-
-
aik !!? aiE dh kawin???14 years ago
-
-
-
Kucing Beranak! Why ME??14 years ago
-
miSS YOu sO muCh!!!14 years ago
-
Gubahan Coklat Pink untuk Hantaran14 years ago
-
Saya Nak Tudung Bawal14 years ago
-
Alkisah Motor Baru14 years ago
-
Shuffle dance Ala hitler14 years ago
-
Did You Thank Allah for Your Eyesight?14 years ago
-
-
Pemikir@nline14 years ago
-
tahniah OSBON; Juara Maharajalawak Mega!14 years ago
-
Senaman Kegel14 years ago
-
-
Holiday15 years ago
-
-
KEMERDEKAAN MALAYSIA : FAKTA ATAU AUTA?15 years ago
-
Kontest Menang Duit Raya15 years ago
-
-
Azrin & Aina Engagement15 years ago
-
POP ART PAINTING15 years ago
-
Mampukah Aku Mati Tersenyum??15 years ago
-
[COOL] Guna Asap Hidupkan Api Lilin15 years ago
-
-
-
Sutra Homespa Blog Give Away15 years ago
-
-
The Celcom Everyone Sale is back!15 years ago
-
awaRD dan AWArd...hehehe tHANK BLOGGER ...15 years ago
-
mariiiii jenguk!!!!15 years ago
-
-
MERDEKA ~ Yeah!!16 years ago
-
Cara Mendaftar Blog Anda16 years ago
-
VALENTINE17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

.jpg)
.jpg)