Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, December 10, 2010

TIPS ATASI MASALAH PERUT BUNCIT

Bagi setiap orang, mengalami perut buncit adalah sesuatu yang memalukan kerana ia dilihat sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

sumber:herba Prima Marketing
Berikut adalah tips untuk mengatasi masalah perut buncit:

* Bersarapan dengan Yogurt
Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.
* Jangan gelojoh ketika makan
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.
* Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
* Minum air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
* Pengambilan serat yang tepat
Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pear dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.



Wednesday, November 24, 2010

Tips memakai minyak wangi

memakai minyak wangi bleh menambahkan lai keyakinan setiap wanita atau lelaki..oleh itu, terdapat beberapa cara untuk pemakaian minyak wangi yang betul

* sesuaikan dengan losen badan
setelah mandi, mungkin anda terbiasa menggunakan losen badan. bila memakai minyak wangi, sesuaikan wangian dari losen badan dengan minyak wangi yang anda pakai. selain itu, sebaiknya menggunakan losen badan telebih dahulu sebelum menyembur minyak wangi kerana losen badan dapat mengurangkan aroma harum dari minyak wangi.

* sembur minyak wangi pada kulit
sebaiknya, minyak wangi tidak disembur pada pakaian. terdapat minyak  wangi tertentu yang apabila disemburkan pada pakaian dapat menimbulkan noda, meninggalkan tanda seperti terkena titisan air dalam waktu yang lama

* semburan tepat pada tubuh
bahagian tubuh yang sebaiknya disemburkan minyak wangi ialad dalam pergelangan tangan, bahagian dalam siku lengan, belakang telinga, dada dan leher. menggunakan minyak wangi di tempat-tempat tersebut membuat haruman tahan lebih lama.

* jangan gosok bahagian semburan
kebiasaan sebagian orang yang menggunakan minyak wangi pada pergelangan tangan aka mengosok-goskkan kedua pergelangan tangan mereka. cara ini sebenarnya akan menghilangkan aroma dari minyak wangi. jadi biarkan minyak wangi mengering dengan sendirinya.

* jangan guna aksesori sebelum pakai pewangi
bila tkena semburan, aksesori atau perhiasan berubah warna. hasilnya aksesori anda tidak lagi kelihatan menarik.

* gunakan minyak wangi sewajarnya
menggunakan minyak wangi secara berlebihan dapat menimbulkan perasaan kurang enak bagi orang yang tidak gemar bauan tersebut. tambahan pula, penggunaan minyak wangi dapat disesuaikan dengan jenis kulit. bagi anda yang berkulit kering memerlukan semburan minyak wangi yang lebih banyak, manakala bagi yg kulit berminyak, cukup sekadar menyemburkannya sedikit sahaja.

* simpan pewangi ditempat yang betul
pastikan minyak wangi tertutup rapat dan disimpan ditempat yang kering dan sejuk serta terhindar daripada sinaran matahari. dalam jangka waktu lama, aroma minyak wangi boleh berubah, sesuaikan isipadu minyak wangi dengan keperluan anda agar ia tidak disimpan terlalu lama dan mengubah aroma menjadi tidak harum

Tuesday, November 16, 2010

nikmati hidup dengan lebih baik

slmt tgh malam fren..td sy ada baca harian metr0..s0 nampak lah entry ttg tip2 ni..so sy apa lagi..type ar kat sini..untuk kongsi dengan semua..manalah tahu kan..ada yg bz tak sempat nak baca surat khabor pun hari ni ekk hehehe..cite nya gini..

bebanan kerja setiap hari nyata menambahkan tekanan..berikut beberapa langkah yang boleh diikuti untuk menjaga diri sekaligus menikmati kehidupan dengan lebih sehat..

* Makan Bersama Keluarga  
perbualan ketika menikmati makan bersama keluarga bleh membantu mengekalkan hubungan erat ahli keluarga (hehehe yg ni bagus gak..tapi kalau makan sambil borak..silap2 boleh tcekik wo0 hehehe)


* Melatih Diri Untuk Mengamalkan Pernafasan Secara mendalam
duduk tanpa menyilangkan tangan dan kaki. bawa diri untuk bertenang dan bernafas secara mendalam daripada bahagian perut, kemudian, lepaskan nafas keluar sebanyak mungkin dan rehatkan otot ketika melakukannya. fasa menghembuskan nafas seharusnya lebih panjang daripada fasa menarik nafas. misalnya, jika bernafas dengan kiraan empat, cuba menghembuskan nafas dengan kiraan enam. (haaa korang tarik nafas tu lepas elok2 ekk..jangan tent0t udah arr tau..org suruh lepas kan nafas..takot nanti angin lain plak yg kuor eyyeekkk)


* Ketawa
ketawa boleh mengurangkan tahap hormon tekanan. malah ketawa juga didapati dapat meningkatkan bilangan sel yang mengeluarkan antibodi dan meningkatkan keberkesanan sel-T iaitu komponen penting dalam sistem ketahanan tubuh. (jangan kata ketawa bleh kurangan kan hormon tekanan..ketawa jugak pnawar duka..ketawa jer bleh buat oorg happy..walaupun dalam hati Allah jer yg tahu huhu)


* senaman Regangan
senaman regangan bleh meningkatkan keanjalan tubuh. fleksibiliti daripada sudut fizikal membantu untuk meningkatkan fleksibiliti daripada sudut mental. regangan disarankan supaya dilakukan pada awal pagi dan kemudian bleh dilakukan sepanjang hari walaupun ketika bkerja. lebih penting, ia seharusnya dilakukan setiap hari (senaman mmg sangat bagus..tk bleh d nafikan lagi, saya skong 200%)


* banyak berjalan
kita bleh mempelajari daripada orang lain yang gemar berjalan terutama bagi budaya di sesetengah negara yang rakyatnya gemar berjalan kaki (wahhhh ini org banyak bjalan mesti sangat suka kan hehehe..manyak bjalan bleh buat hidup sehat gak hehehe walawei)


* kerap membersihkan diri dengan mengamalkan flos
bakteria di celah gigi bleh menyebabkan penyakit gusi yang mengakibatkan peningkatan sakit jantung dan strk, justeru itu, amalan melakukan flos pada gigi sememangnya baik untuk mengelakan masalah pada gusi dan gigi (huyoooo bahaya jugak lah bakteria aka taek gigi ni kan..ish ish ish bleh myebabkan sakit jantung dan strok huhuhu gila lah penangan taek gigi ni)


* dapat kan tidur yang mencukupi
tidur yang cukup membantu untuk menyokng fungsi ketahanan tubuh, menajamkan fikiran, mengurangkan proses penuaan dan membangkitkan semangat. (so yg suka titw lewat tu..kna rajin titow awal lah slepas ni ekk hehehe macam saya gak arr huhuhu)