Wednesday, November 24, 2010

Tips memakai minyak wangi

memakai minyak wangi bleh menambahkan lai keyakinan setiap wanita atau lelaki..oleh itu, terdapat beberapa cara untuk pemakaian minyak wangi yang betul

* sesuaikan dengan losen badan
setelah mandi, mungkin anda terbiasa menggunakan losen badan. bila memakai minyak wangi, sesuaikan wangian dari losen badan dengan minyak wangi yang anda pakai. selain itu, sebaiknya menggunakan losen badan telebih dahulu sebelum menyembur minyak wangi kerana losen badan dapat mengurangkan aroma harum dari minyak wangi.

* sembur minyak wangi pada kulit
sebaiknya, minyak wangi tidak disembur pada pakaian. terdapat minyak  wangi tertentu yang apabila disemburkan pada pakaian dapat menimbulkan noda, meninggalkan tanda seperti terkena titisan air dalam waktu yang lama

* semburan tepat pada tubuh
bahagian tubuh yang sebaiknya disemburkan minyak wangi ialad dalam pergelangan tangan, bahagian dalam siku lengan, belakang telinga, dada dan leher. menggunakan minyak wangi di tempat-tempat tersebut membuat haruman tahan lebih lama.

* jangan gosok bahagian semburan
kebiasaan sebagian orang yang menggunakan minyak wangi pada pergelangan tangan aka mengosok-goskkan kedua pergelangan tangan mereka. cara ini sebenarnya akan menghilangkan aroma dari minyak wangi. jadi biarkan minyak wangi mengering dengan sendirinya.

* jangan guna aksesori sebelum pakai pewangi
bila tkena semburan, aksesori atau perhiasan berubah warna. hasilnya aksesori anda tidak lagi kelihatan menarik.

* gunakan minyak wangi sewajarnya
menggunakan minyak wangi secara berlebihan dapat menimbulkan perasaan kurang enak bagi orang yang tidak gemar bauan tersebut. tambahan pula, penggunaan minyak wangi dapat disesuaikan dengan jenis kulit. bagi anda yang berkulit kering memerlukan semburan minyak wangi yang lebih banyak, manakala bagi yg kulit berminyak, cukup sekadar menyemburkannya sedikit sahaja.

* simpan pewangi ditempat yang betul
pastikan minyak wangi tertutup rapat dan disimpan ditempat yang kering dan sejuk serta terhindar daripada sinaran matahari. dalam jangka waktu lama, aroma minyak wangi boleh berubah, sesuaikan isipadu minyak wangi dengan keperluan anda agar ia tidak disimpan terlalu lama dan mengubah aroma menjadi tidak harum

3 comments:

Bee said...

HEHEH minyak wangi kureng...tapi leh praktis nanti

Miss Appleijo said...

hehehe aku plak paling fanatik minyak wangi :))

Bee said...

tauuu