Tuesday, December 20, 2011

kalaulah..hmm

ermm kalau lah masa tu bleh undur2 kan balik kan best aku rasa..ntah lah ek tak tahulah knapa aku pikir macam nak undur kan balik jer masa ni..nak balik zaman2 aku sekolah dlu..lepas tu habis sekolah semua..ishhh kalau lah bleh btol2 undur waktu..mmg aku akan ubah segala2 nya..mmg banyak yg aku nak perbaiki dan banyak jugak benda yg aku nak laksanakan..tapi masa mana bleh nak undur2 kan..ingat aku ni sapa nk undur2 kan waktu hehe ishhh kalau tak da kesilapan dan pgalaman yg lalu..tak da lah kita bleh matang n perbaiki kan..tapi aku rasa macam aku ni dah lewat sgt jer...macam dah banyak aku habiskan masa macam tu jer huhu..aku harap masa akan dtg..ada lah yg lebih baik dan terbaik untuk aku hendaknya aminnn..

Monday, December 19, 2011

Christina Perri - A Thousand Years (Official Lyric Video)

Saturday, December 17, 2011

FB akan bertukar baru lagi :)

Mark now has Timeline.
Timeline is your collections of the photos, posts and experiences that help tell your story.Learn more..hahaha tak lama lagi akaun kita jd macam akaun dia jugak..hoho standby semua ;) ♥
https://www.facebook.com/zuck
*ni plak mark punya po5 yg dah tukor ikut format timeline*
*ni printscreen fb kwn aku*
frenlist FB aku kata..tak lama lagi pr0file fb kita semua akan btuk0r macam gambar ni..btol ker ek?? aiyoo aku dah tgk akaun dia tadi..gila serabut taugeh..payah kot nak paham yg baru tu..huhu..kalau btol lah lg 7hari semua automatik tukor macam ni..bagus incik mark sbb kepala otak dok pikiaq tak habis2 nk tukaq fb ni, well done omputeh kata hehe.. :) ♥

Friday, December 16, 2011

sy benci kamo!!


*google sadja picture ini*

MENGAPA CAKAP CINTA? ?

Ya, mengapa cakap cinta???
Bila kita masih belum sepenuh hati mencintai..

...
Jangan pernah ucapkan kata cinta
Jika kita masih tak mampu memberikan pengorbanan Terbesar dalam hidup kita demi org yang kita cintai..

Jangan mengeluarkan kata cinta..
Jika kita tak berani membela org yang kita cintai..

Sebab, cinta bukan hanya ucapan yang manis di bibir..
Bukan kata yang kedengarannya indah di telinga..
Dan bukan pula tulisan yang membuat kita merasa bahagia..

Kerana cinta harus diwujudkan dalam perilaku..
Kalimat sakti itu harus tercermin dalam perbuatan dan pikiran kita

Sekali berani berkata cinta..
Maka seharusnya kita harus berani berkorban..
Berani membelanya dengan sungguh-sungguh...
Berani bertanggung jawab terhadap apa yang kita cintai.

Jangan pula berpura-pura jadi orang yang penuh cinta..
Dengan menipu diri sendiri..
Padahal kita belum melakukan apapun untuk membuktikannya...
Dan kita belum sepenuhnya mencintai org yang kita cintai

Cinta itu bukan main-main..
Cinta wujud dari keseriusan kita
Bahawa kita akan berusaha melakukan apa saja demi org yang kita cintai

Kalau kita mengecewakan org yang kita cintai
Tentunya cinta kita palsu..
Kalau kita mengkhianati org yang kita cintai
Tentunya itu bukan cinta sejati namanya..

Jika benar-benar cinta kepada org yang kita cintai..
Kita tidak akan pernah mengecewakan nya apalagi mengkhianatinya..thanks a lot sbb myakiti dan menghancurkan rasa cinta itu..i hate u! hari ni jumaat kan..aku harap aku dapat lupakan ko secepat mungkin, lupa kan ko tak bermakna aku akan lupakan apa yg ko buat kat hati n perasaan aku ni..aminnn..

Thursday, December 15, 2011

stalker

hahaha gila kan..nak stalker2 kan..bagus lah..stalker lah puas2 tau..kalau hati ko tak sakit..mesti jiwa ko akan hancur nanti..aku suka ko stalker2 ni..amalkan selalu yer pmpuan mahu pun lelaki..ko nak tahu apa yg aku buat n apa yg aku update kan..aku akan pasti kan ayat2 itu akan kna tepat kat batang idung korang..tunggu ekk..

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday 9#

sy benci kamo sgt!

Tuesday, December 13, 2011

hot sgt ker?

tutup buku lama dan bukak buku yang baru, semudah cinta datang dan pergi sesuka hati ko jer kan, cinta tu tak kejam der yang kejam tu ada lah orang yg tak pandai menilai dan menghargai cinta, macam ko lah aku rasa orgnya..ko rasa ko hot sangat ek buat macam tu?? jangan nak hot sangat lah sbb akhirnya nanti ko yang akan terbakar dan melecur sendiri, aku bukan nak mendoakan, aku cuma ingat kan aje..ko buat org macam ni, ko main kan perasaan org yg syg kat ko..jangan ingat ko akan lepas macam tu jer..susungguhnya Allah tu maha adil der..ingat tu!!

Sunday, December 11, 2011

kenduri..kenduri..kenduri

aiyooo start jer cuti sekolah..makna nya setiap minggu lah mesti ada kenduri kahwin punya,..kalau tak saudara yg kahwin..mesti kawan2 yg kahwin kan..aiyoo asyikk pegi kenduri org jer sy ni..kenduri untuk diri sendiri ntah bila agaknya huhu Ya Allah..ko percepatkan lah jodohku..temukan lah aku dengan org yg akan mnyayai ku seadanya dan semoga ko temukan aku dengan org2 yg beriman yg bleh membimbingku d dunia dan d akhirat kelak aminnn...(hehe tiba2 doa nk jdoh kan..over tau)..so azam tahun baru 2012 (mencari cinta dan bakal suami yg sejati chewahh)

haaa petua org tua lah..tak tahu btol ker tak...diaorg kata kna curi sirih ni..mana tahu nanti bleh dpt jodoh haha...btol kah?? aiyoo macam2 petua org tua2 kan..bukan nk pcaya sgt..tapi tak salah jugak kalau rasa nk cuba hehe..

Saturday, December 10, 2011

antara c0rnetto dgn magnum

hahaha kajian telah d jalan kan..antara c0rnetto dengan magnum ice cream mana lagi best nyumm2..masing2 ada keistimewaan nya yg tersendiri..tp ni bagi apa yg aku rasa kan lah..

ice cream magnum...ermmm 1st time aku try pagi ni..pepagi lagi dah cari ice cream n makan bat breakfast haha gila jer aku ni kan :) emm harga nya RM4.10..so far makan ice cream ni best...coklat punya lah tebal..luar coklat tebal..ice cream dalam pun coklat jugak...bagi yg suka coklat macam aku ni..wahhh ni sangat syiokk maa...sampai mjilat btg ice cream tu tau hahaha..

ice cream cornetto plak..harga dalam RM2.90 macam tu lah..murah sikit harga nya kan..haa ice cream ni mix..macam2 rasa ada..kalau beli strawbery..dalam dia tu macam ada jem strawbery jugak..ermm sgt best...dah makan manis..tengah2 dia rasa masam..yummmy..

so korang..yg mana 1 pilihan hati..tak salah untuk mencuba kan..dah cuba baru tahu rasanya macam mana...so selamat telan air luir dlu haha kalau dah tak tahan tgk ice cream ni..pegi beli n rasa sndiri ek..daaa

Friday, December 09, 2011

kenapa ko kejam sgt?!

hurmpp kalau tak bermaksud nak mencintai atau pun myukai seseorang..knapa ko mula kan perhubungan itu, knapa ko member harapan yang palsu, knapa ko yang mulakan segala2 nya..dan bila kau sendiri tak tahu apa yang ko mahukan, apa yg ko rasa kan dan mayb ko dah tahu itu hanya lah permainan perasaan...knapa ko kejam sangat ek?? knapa ko biarkan dia begitu?? knapa ko hancurkan hati dan perasaan nya?? knapa?? knapa dan mengapa?? ingatlah Allah tu maha adil..hari ni ko buat dia macam tu, esok lusa nasib ko siapa tahu kan..aku bukan mendoakan..tapi aku sebagai sahabat hanya mengigatkan kamu..hurmpp serius aku pun tak suka ko buat dia macam tu..hati nya halus dan pun ko hancurkan..tidak kah ko mempunyai perasaan??

Thursday, December 08, 2011

friendship

*google sadja picture ini*
There are two kinds of friends : those who are around when you need them, and those who are around when they need you.

Sunday, November 06, 2011

selamat hari raya haji

alhamdullilah kita masih d panjangkan umur lagi kan..so d kesempatan ini..saya nk ucapkan selamat hari raya haji semua..ampun maaf d pinta..semoga semuanya happy hendaknya ek..yg balik kg tu..jangan lupa bhati2 d jalan raya..ingat org yg tsayang tau.. :)

Saturday, November 05, 2011

Pengalaman menyedekahkan fatihah & zikir..

Assalamualaikum wbkt.

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersa ma :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wassalam .


*cerita ni sy dapat dr email...so sy share kan kat sini plak untuk kebaikan kita bsama insyaallah*

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday 8#

*sharing dr member FB*

Monday, October 17, 2011

syok sgt!!

alhamdullilah..untung lah kalau ada org yg sentiasa mrealisasi impian dan hasrat kita kan..malam tadi aku dpt handbeg baru hehehe..alhamdullilah sgt..mmg aku dah lama nk beli hand beg baru sbb handbeg yg ada sekarang mmg lah elok lagi..tp bila dah lama pakai..aku rasa handbeg tu macam besor sgt plak hahaha (masa beli tak rasa plak macam tu kan haha) so aku ada lah ckp kat family aku dan adik2 aku nk beli macam2 barang..dan diaorg pun tahu aku skrg ni macam mana...nk beli brg mmg kna pikir banyak kali punya..dan tahun bila lah nk dapat beli sndiri ntah lah kan (huhu gila susah kot aku skrg ni) akhirnya malam td adik aku kasi smthing..suruh aku peluk cium dia semua hahaha...aku ingat kan dia main2 jer..aku malas ar nak layan..sekali btol..dia beli kan handbeg baru yahoo alhamdullilah sgt..tgh2 sesak dan nak macam2 ni..ada jugak adik aku belikan dan mrealisasikan benda tu jadi kenyataan..rasa nak nangis pun ada aku malam td..tp tahan..mana bleh tunjuk aku nangis kan hehe..thanks sis..semoga ko murah rezeki lagi hendaknya aminnn..love u much!!

Saturday, October 15, 2011

korang kenal tak??


kalau korang kenal siapa laki ni..tolong kasi aku info ek..aku mmg sangat2 nk tahu laki ni siapa sebenarnya..pelakon ker?? pyanyi ker?? kalau tahu please info kat aku yer huhuhu

Friday, October 14, 2011

ko mcm ular!

hurmpp kalau lah aku tahu ko ni sbnarnya suka belit2 org..belit sana belit sini..cite sana then cite plak sini..fuhhh tak kenal ko dan tak tahu apa2 info dari ko pun tak pa siot..sebab aku rasa kan..ko ni..mmg lah ko cite macam2..dan pada masa yg sama..ko macam nk belit aku balik jer?? apa kes?? ko mmg suka tgk hidup aku hancur kan?? ko mmg suka buat gitu kan??..tapi aku tak kisah pun..buat lah apa yg ko rasa perlu..dan aku pun akan buat jugak apa yg aku rasa patut..thanks loser!

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday 7#

*picture google sadja*

Thursday, October 06, 2011

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat Koleksi PETUA Tradisional, tips
oleh Petua Nenek kebayan (sy share dr FB ni)

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing


i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

Wednesday, October 05, 2011

wordless wednesday 6#

*picture google sadja*