Thursday, December 16, 2010

lemak berlebihan bawa keburukan

Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan kita, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan kita ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi.
Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Selain itu, lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut.
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi serta ianya juga boleh mengakibatkan kematian jika tiada pengawalan cara pemakanan yang mempunyai lemak.
Disamping itu, hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan.
Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tidak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.
sumber : herba Prima Marketing

3 comments:

Bee said...

sedapnya tengok gambor tuh..haha

Miss Appleijo said...

hahaha gambar itu mmg sedap bkrim di sukai ramai yeaaahh

Anonymous said...

I love zianazone.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards