Wednesday, December 15, 2010

Adab Makan Semasa Berdiet

Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan sebenarnya perkara yang baik. Menurut kajian, salah satu sebab mengapa orang Perancis kurang mengalami masalah obesiti daripada orang Amerika ialah kerana mereka mengambil masa mengunyah makanan sebelum menelannya.

Menurut pakar, mengunyah makanan secara perlahan-lahan membuatkan perut terasa cepat kenyang dan ini mengelakkan seseorang mengambil makanan dengan banyak.

Cuba lakukan helah berikut ketika makan.
  • Letakkan susu atau garpu ke bawah ketika mengunyah makanan.
  • Teguk sedikit air selepas setiap kunyahan.
  • Kunyah makanan sehingga hancur sebelum menelannya.
  • Gunakan pinggan yang lebih kecil (diameter 23cm). Ini bertujuan untuk membuatkan pinggan anda kelihatan penuh, tetapi makanan yang diambil sekadar mencukupi.
  • Malah Rasulullah sendiri mengunyah 40 kali sebelum menelan makanan

2 comments:

Anonymous said...

wah
bagus2!!!

Miss Appleijo said...

hehehe ;))