Berikut ialah petua untuk diet yang sihat:
* Potong buah-buahan yang digemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
* Sekiranya anda peminat roti, pilihlah jenis ‘wholegrain’.
* Jauhi makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus dan baca dahulu label makanan mengenai kandungannya.
* Pilih mentega yang kurang lemak.
* Catatkan semua makanan yang anda makan selama dua minggu.
* Cari rakan-rakan untuk sama-sama berdiet kerana secara tak langsung, ia akan memotivasikan antara satu sama lain.
* Cara baru untuk membantu anda berdiet ialah gunakan penyepit ketika makan. Ia akan melambatkan anda makan dan cepat kenyang.
* Utamakan kualiti makanan berbanding kuantiti.
* Tambahkan sedikit rasa pedas atas rempah ratus dalam makanan bagi meningkatkan metabolisma tubuh anda.
* Soya merupakan alternatif terbaik untuk susu rendah lemak.
2 comments:
suka entry yg mcm ni...;d
hehehe suka ekk..nanti kira buat entry gini lagi yer
Post a Comment