Sunday, December 05, 2010

Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

celcom ada buat promosition untuk hp blackberry..best jugak pakej yg dia tawarkan..kalau korang nak try tgk pakej tu..try click kat link bawah ni ekk...cepat2...rugi kalau korang tlepas peluang ni tau..click kat sini kalau nk tgk promosi dari celcom yer...Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Saturday, December 04, 2010

pindah umah

ehehe hari ni pindah umah..tapi sehari jer...bukan pindah umah btol2 pun..sajer jer lepak dan nak titow kat umah member..best jugak amik angin kat sini..umah kat tingkat 5..wahhh sangat syok..titow malam ni mesti sejuk punya...tak pnah lagi titow kat sini..

Thursday, December 02, 2010

tadaa tejot ker??

hehehe yehaaa bjaya gak buat benda ni..sblum ni slalu g blog org..aku asyik nampak benda ni jer...dok pikir arrr..macam mana nak buat ekk..ishhh hari ni aku try buat..sebab tu kawan aku dah ajor..tapi aku tak bape paham dia cakap hehehe...so hari ni bosan..kja udah siap..aku dok godek sana sini..haa ko..jadi jugak akhirnya hehehe..sajer jer try..tapi macam semak jer hehehe..tgk arr nanti..kalau rase semak..aku remove kan aje..laa ni bior dlu..nk test guna seminggu 2..kalau best..trus kan ajer kan..tadaa tejot ker hahaha wekkk2 :P

FREE DOMAIN DARI broframestone.com

salam yuhuuuu i'm comink..hye semua hehehe skema suda..kali ni kita nk join contest ni plak..knapa kita buat kat blog ni..dan tak buat kat blog contest kita tu..sebab kita ingat..kalau mng..bior lah blog ni jer yg di domain kan hehehe..blog lagi 1 tu..tak domain pun tak pa kot..tapi domain tu hapa??? ntah..aku pun tak paham..org ajak join..aku follow jer hehehe..tp aku rase domain tu macam iklan gak kan..btol ker???

senang jer pun contest ni..korang nak join pun bleh..meh arr reramai join..mana tahu ada luck korang ker..haaa best tu mng hadiah dan mng domain gak..syarat2 kelayakan dan cara2 nk join..korang check kat blog bro tu ekk..tak pun click kat sini..(link)

contest dari BroFramestone
tekaan nuffnang yang dia cash out pada 30hb November 2010..hohoho kita teka RM540.00

dan korang pun boleh join sama {tag 5 orang blogger}
  • Jieda - http://join-giveaway.blogspot.com
  • lina_lin - http://nurulamalinakamaruddin.blogspot.com
  • cute mum - http://mamiuyuncontest.blogspot.com
  • zalina - http://usharapa.blogspot.com
  • nana - http://nanamrul-contest.blogspot.com
klik pautan ini sebelum 12 dec 2010 pukul 11:59 malam
yeahh itu sahaja...korang nak tahu hadiah ek..korang kna g ushar kat blog broframestone mmg berbaloi2..


cemburu itu comel

hurmpp nk tanya korang arr..korang cemburu tak?? salah ker kalau kita nk cemburu2 sikit ek...sat lagi tak cemburu...keras macam batu..buat macam org tak da hati dan perasaan..dia cakap kita mendua atau tiga kan dia plak..bila kita cemburu..dia cakap tak paham..ee kita lagi lah tak paham ekk..tak bleh ker nk cemburu sikit?? bukan cemburu banyak pun hehehe cemburu itu kan comel..yea ker cemburu comel hehehe memandai jer aku ni :))

SUPERSTAR BLOGGER AWARD

Q1; Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging?
knapa ekk..sebab saya suka meluahkan sesuatu kot..sebab dlu tulis2 dairy jer..sekarang type2 blog plak hahaha maju sikit lah konon...lagi pun blog kan best..bleh jumpa macam2 kat sini...dan bleh cakap apa pun yg kita suka asalkan tk kutuk sesiapa..

Q2: Apa motif anda nak tarik follower? Anda superstar ke?
kalau ada follower kan best..blog kita org tgk..org komen..org baca..dah kita pun bleh buat gitu gak..tak da lah superstar pun..sebab tu follower sy tak ramai agaknya hahaha..

Q3; Cerita sikit perangai anda?
perangai saya ekk...hehehe saya ni kejam..suka tampo org..lagi apa ekk..hehehe better kna tanya pendapat org lain kot tentang sy..kalau saya type kang..banyak benor plak rasenya...korang pun tk caye hehehe

Q4:Best tak dapat award? Exited maybe?
best ler..sapa plak cakap tak best dapat award..dlu tak da pun pnah dpt award ni..skrang ni plak baru tahu award2 ni..

Q5: Pernah tak terfikir nak masuk magazine aka me-war-warkan blog anda? Mengapa?
majalah?? ishhh bukan blog artis pun nk masuk majalah2 ni..tak yah lah kot..macam ni pun dah ok dah alhamdullilah..

Q6:Sila Tag lima blogger untuk menerima award ini.
blum pikir..nanti tag bleh tak?? hehe 

Wednesday, December 01, 2010

complicated

hurmpp complicated..mmg sangat rumit pun aku rase..tapi salah ker kalau aku nak tukar status jadi complicated..tak yah arr nak soal aku dan cakap aku macam2..nak tuduh aku tipu pun ada jugak..pnah ker aku tipu?? ingat aku tak sdih ker?? ingat aku suka ker jadi gini??? ko ingat aku tak da perasaan ek?? aku bukan batu..dan aku bukan benda yg ko bleh persendakan..so please arr jangan buat aku macam ni..jangan plak ko nak kata kat aku bukan2...selalgi aku bleh sbor..aku akan tetap sabor..kalau aku dah tak bleh sabor nanti..maki hamun semua kuar..so please arr ekk..biar kan aku sendiri...aku tak suka ko buat aku macam ni... :'(

door closer vs lalat

ee tak tahu lah sapa yg ganeh sangat kat opis ni..habeh door close tu tcabut..korak ntah kenapa arr..yg pasti kat pintu depan opis tu udah tak da door closer lagi..so bila pintu tak da door closer..kalau yg pandai masuk tutup rapat kan pintu balik tak pa jugak..ni cerita kalau dapat member opis..tahu masuk..dah dedah kan pintu jer..ee geram plak..sejak door closer tu tak da..pintu slalu terdedah..cik2 lalat pu ada lagi..berlumba2 lah masuk kat opis ni...macam ada pesta taek plak..ee mongok jer tau...aku yg dok kat hujung dunia ni pun cik lalat bleh sampai...tp mmg banyak arr lalat kat opis ni.. ee mmg tak suka..satu keja plak aku nak kna pegang somthing..bila lalat ada jer..aku ketuk..haaa kan tak pasal2 ko mati lalat..padan mukaa cehhhh..

Tuesday, November 30, 2010

sesungguhnya

hari tu masa tgk lagu yg kamu posting..ingat kan lagu itu untuk aku dan kamu, ingat kan lagu itu tentang apa..sebab aku just tgk tajuk nya saja..tadi masa dalam pjalanan nak g kerja..aku dengar lagu itu dekat corong radio..aku agak ini lah lagu yg kamu posting tu...lepas aku hayati bibit2 liriknya..baru aku tahu..sebenarnya lagu itu bukan untuk aku kan..lagu itu untuk dia kan...hati aku rase sakit..jiwa ku rasa tak tenang..perasaan ku rase macam2..air mata ku acap kali ingin mengalir dekat pipi ni..knapa kamu buat aku macam ni??

terus terang by Radja

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya

[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta

[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

[***]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Back to [*][**][***] 2x

Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan

cinta

apa kam0 rasa bila hati dan sayang kamo pada dia..tapi hati dan sayang nya pada kamo tidak sepenuh nya...apa yg kam0 akan rase bila kamu btol2 sayang kan dia...tapi hati dan sayang nya separuh untuk kam0 separuh untuk bekas kekash nya..apa yg kam0 akan lakukan kalau kam0 jadi saya??

Monday, November 29, 2010

Vitamin K


Kita lazim mendengar kebaikan vitamin A, B, C, D dan E dalam aspek kecantikan dan penjagaan kulit. Lewat ini, pakar kecantikan dan penjagaan kulit berjaya membongkar rahsia di sebalik keunikan vitamin itu.
Ia semakin popular dalam industri kecantikan dan boleh didapati dalam bentuk krim, cecair, losen, topeng muka serta banyak lagi.
Vitamin K ialah sejenis vitamin pelarut lemak. Ia sangat baik untuk membeku pengaliran darah pada tahap normal dan membekalkan esen protein yang menahan khasiat kalsium yang baik untuk kesihatan tulang.
Vitamin K juga menjamin keanjalan kulit yang biasanya menurun seiring dengan peningkatan usia. Bagi mereka yang menghidap penyakit kedutan kulit secara genetik, vitamin itu sesuai digunakan tanpa was-was.
Vitamin K biasanya boleh didapati daripada kumpulan sayur-sayuran hijau seperti bayam, daun salad, kubis daun, biji-bijian dan sesetengah jenis buah seperti avokado, buah kiwi serta pisang.
Daging, susu lembu, produk tenusu lain, telur dan produk yang diperbuat daripada soya juga menjadi sumber vitamin K.
Kebaikan Vitamin K ialah baik untuk menghilangkan garis-garis halus yang terbentuk di bahagian mata dan lingkaran hitamnya. Ia juga menambah baik warna dan struktur kulit.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit bertompok, produk yang diperbuat daripada vitamin itu dijamin mampu memberi hasil signifikan.
Keburukan jika dos berlebihan ialah jika dimakan dalam jumlah yang besar, vitamin K boleh memudaratkan kesihatan seperti memecahkan sel darah merah. Ia juga dikenali sebagai penyakit kuning.
Dalam kes-kes kritikal, pengambilan secara berlebihan boleh membawa kepada perubahan pembentukan tulang, kerangka, hati membengkak, anemia, keguguran rambut dan simptom susulan lain.
Adalah mustahak mengenali dan mempelajari kesan reaksi daripada vitamin yang diambil. Dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan vitamin yang tepat untuk tubuh badan.


Sunday, November 28, 2010

GULA PENYEBAB DIABETES


Gula merupakan sesuatu makanan tanpa khasiat yang tidak diperlukan langsung di dalam badan malah jika ianya diambil secara berlebihan akan berlakunya penyingkiran zat di dalam badan.

Jika berlakunya penyingkiran zat di dalam badan, antibodi di dalam badan akan menjadi kurang dan boleh menyebabkan tubuh badan mudah untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya serta boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan badan.

Pengambilan  kadar gula dalam badan yang berlebihan membolehkan peningkatan gula dalam darah akan bertambah dan mengakibatkan individu menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes. Jadi, masyarakat perlu memastikan pengambilan gula didalam kehidupan seharian dapat dikurangkan dengan cara mengawal gula secara teratur.

Pengamalan diet seimbang mengikut cadangan yang sesuai, bersukan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghindarkan dari segala bencana dan penyakit. Oleh itu, masyarakat perlulah mengawal cara pemakanan dan gaya hidup jika mereka sayangkan kesihatan tubuh badan mereka.

Ini adalah cara terbaik untuk membolehkan “pembunuh manusia” itu dihindari dan masyarakat dapat menjalani kehidupan seharian di dalam keadaan yang sihat sejahtera.         


Saturday, November 27, 2010

khasiat belimbing



Belimbing atau nama saintifiknya,  Averhoa crambola merupakan salah satu jenis buahan tropika popular yang enak dan boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk.Buah belimbing bukan saja enak dimakan, tetapi buahnya juga boleh dibuat jus serta mempunyai pelbagai khasiat terutamanya mencegah tekanan darah naik.

Belimbing mempunyai pelbagai khasiat. 

Belimbing tergolong di antara buah yang dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam tubuh, bahkan belimbing mampu mencegah timbulnya penyakit hepatitis.Buah ini merupakan sumber vitamin, khususnya vitamin A dan C, sebagai antioksidan serta mampu mencegah penyebaran sel-sel kanser dan meningkatkan daya tahan tubuh.Belimbing memiliki kandungan energi kalori, protein, lemak, karbohidrat, mineral, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, serat, dan air.

Selain itu belimbing juga memiliki kandungan serat yang baik sehingga dapat membantu melancarkan proses pencernaan, dan mengandung kadar kalium tinggi, serta natrium yang rendah sebagai ubat hipertensi.Bagi pengidap kencing manis, belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi


31disember..31 blogger shj..harap2 sy salah sorang daripadanya yeahhh




salammm yuhuuuu i'm comink..mesti korang pelik dan tertanya2 ekk napa 31disember dan 31blogger tu sebagai tajuknya kan hehehe...(opss terketwa plak, kna serius buat entry ni sbnor nya..ampun cekgu dahlia)..sebenarnya td masa blog walking kat blog bee..nampak lah entry dia pasal 31disember tu..ntah nak kata contest..bukan contest..tapi ni lebih kepada publish blog kita kat blog cekgu dahlia yg pemes tu...wahhhh sangat best kalau kita salah sorang dari pada 31blogger bertuah tu kan..

knapa cekgu dahlia mesti pilih blog saya ekkk..tu persolan yg cekgu dahlia nak tahu..cekgu dahlia kata kalau nak join mesti blog berusia sekurang2 nya 3bulan..tapi blog sy ni udah lama sy buat cekgu..tapi dlu tak aktif pun..baru sekarang ni jer nak aktif balik..napa ntah arr hehehe agaknya jeles tgk iklan blogger berjaya masuk paper ekk..lagi pun rmai member udah aktif berblogger...so sy pun kena sampuk join blog ni balik hahaha macam tot tot tot jer :))..

sebab kenapa cekgu dahlia kena pilih blog saya ekk..sebab nya saya pun nak trafic tinggi2 macam cekgu jugak..nak jugak merasa pendapatan 4 angka hasil buat blog ni..nak jugak nak jugak dan nak jugak..fuhhh fuhhh fuhhh harap2 cekgu pilih lah blog saya ni ekk..tapi mesti cekgu pelik tgk traffic saya tinggi kan..mana tak tinggi nya minggu ni..minggu ni sya ada try buat 1st GA kat blog saya ni..dan saya pun rajin  buat bog walking minggu ni sebab adik dah start coti sem..so ada lah laptop kat umah..tapi sekarang laptop adik plak rosak uwaaa nak blog walking pun tak dapat..harap kat opis jer arr kalau nak update entry huhuhu sabor jer arr kan..kalau lah blog sy terpilih kan best..trafic tinggi..pendapatan banyak..dapat lah beli laptop sendiri plak kan insyaallah...cayokkkk2 :))

untuk pengetahuan cekgu dahlia..follower dengan nuffnang tu pun sy baru jer buat dalam 2 atau 3 bulan yg lepas..tu pun member saya puan bee yg buat kan..sblum ni buat blog ingat nk cite pasal diri sendiri dan nak sendiri baca jer..hahaha bleh plak pikir gitu kan..tapi sekarang ni buat blog untuk semua..cerita pasal apa pun kat blog tu...dah macam rojak pesembor jer blog saya sekarang hehehe...lagi pun sy baca kat merata2 bahan cetak..org cakap blog ni bleh tambah pendapatan kita gak..sebab tu arr aktif blog balik..mana tahu ada rezeki saya kat blog ni ekk..sikit2 lama2 jadi bukit gak..kalau kita tak usaha mana nak tahu hasilnya kan..

so rasenya setakat ni jer kot..harap blog ni terpilih hendaknya aminnnn...thanks dekat bee jugak sebab buat entry tu, ajak saya join..dan kasi pinjam laptop hehehe sy kat umah bee ni..guna laptop dan wifi free.. :))...so kepada sesispa yg berminat nak tahu tentang cekgu dahlia dan projek 31disember 31 blogger ni..click kat sini ekkk

berpantang??

aku nak tanya lah korang yg udah berumah tangga dan dah melahirkan anak tu..kalau di beri pilihan..korang nak berpantang kat umah sapa ekk?? umah mak sendiri ker?? atau pun kat umah mak mertua huhuhu

ermm ni pengalaman yg aku lihat..aku blum pnah alamai nya lagi..sebab aku bujang kan hehehe..adik aku berpantang kat umah mak aku..oklah semua nya..umah mak mertua dia dekat jer kat umah tu..walaupun tak berpantang kat umah mak mertua..tapi aku rase bahang bara berpantang kat umah mak mertua macam mana hohoho...atoii kecian plak ekk aku rase..huhuhu nak buat macam mana kan..tp pada aku..baik pantang kat umah mak sendiri lagi best kot..pendapat korang plak macam mana?? meh arr share..mana tahu korang ada pgalaman yg sama ker..

berhati-hati lah

ermmm aku rase persekitaran kita dah tak bape selamat sangat sekarang..antara persekitaran yg tak selamat atau manusia yg lalai entah lah ek...macam ni cite nya...sebelaum ni kat area umah aku...ada kejadian kes bunuh dan tetak semua tak sebab nak merompak punya pasal..makcik kedai tu kna tetak dan meninggal dunia..kejadian tu masa bulan pose aku rase..kecian jer tau..tak cukup dengan kejadian tu..semalam aku balik kja..sampai kat umah..adik aku cakap..ada org kat blok aku gak..kena tikam kat dada..nasib baik masuk icu dan tak da pape..ermmm knapa la manusia sekarang sangat kejam..tanak bkerja dan rompak2 gitu..ee pelik btol lah kan..dan kenapa plak org semakin cuai..tak jaga keselamatan diri btol2..tapi tak bleh nak salah kan sesiapa lah..sebab benda ni semua berlaku..sebab diri kita sendiri gak..mayb udah tersurat..org kalau berhati2 macam mana pun..benda dah nak jadi..mesti akan kna gak kan...so renungkan lah..dan berhati2 lah ek..

Friday, November 26, 2010

interesting blog award fm Bee


salam yuhuuu semalam petang..bjumpa kita lagi d siaran appleijo aka  zianazone hahaha macam tott jer..hehehe hari ni kita dapat 2 award tengg3...1st dapat dari dik lina lin..2nd dapat dari BFF puan bee..manyak syokkk woo..haiyaaa napa lah org buat award ni..buat award mesti nak kna TAG2 ekk hehehe..tak pa..aku gagah kan jugak jawap soalan tag itu..


1. http://honeyvsbee.blogspot.com dimata kalian...
kalau blog honeybee kat mata saya ekk...dlu merah jer mata ni..sekarang udah biru plak bijik mata ku hehehe..bleh dia cantik..memula dlu dia guna layout gambor bear..bunga2 cinta dan gambor anak2 dia..cantik sangat..banyak bear dan bunga kat sana..sekarang warna biru dot3 plak..haiyaa macam taek unta daa hahaha (jangan marah beb...blog ko mmg cantik arr)


2 - nama blog anda dan kenapa anda letak nama tu? 
nama blog ekk..zianazone.blogspot.com dengan appleijo9.blogspot.com..blog zianazone tu lebih kpada cerita sendiri dan sekeliling jer..yg blog appleijo tu plak baru buat semalam..ingat nak penuhkan blog tu dengan ga dan contest jer hehehe, knapa letak nama tu ekk..saya punya suka arr nk letak nama apa pun hahaha bleh tak jawap gitu atoiii mesti kna tampo ni..


3 - nama blog anda dan darimana datang nya nama blog anda ? 
haah bape manyak kali mahu tanya soalan ni daa haiyaaa ini olang..tampo kang

4 - apakah menthod dalam penulisan anda ? 
method ekk..method tu hapa?? hahaha apa yg sy tulis..ikut suka hati sy jer nk luahkan dan nak tulis hapa..harap korang suka arr ekk..kekadang blog tu..hehehe


5 -apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik ? 
rase macam nak bakor jer blog dia..hahaha bleh tak jawap gini puan bee??

6 - bilakah blog anda diwujudkan ? 
tahun 2006 tp dlu tak aktip..sekarang plak ober aktif..sapa nk jawap tu hehehe

7 - siapakah orang pertama yang menjadi mfollower blog anda ? 
puan honeybee..maceh beb..ko buat kan..ko ajar kan..dan ko follow the instruction..wekkk2 :P

8 -sila tag 5 nama lain untuk tag award tersebut dan fowardkan syarat2 ini...haaaa
saya tag semua follower2 saya..yg baca entry ni...dan jangan lupa tinggal kan mesej kat comments tu ekk..yg soalan no.1 tu..nanti korang tukor lah blog http://zianazone.blogspot.com tau..support lah blog aku ni..demi kesejahteraan bersama cheewahhhh :)) (merenk suda)


award fm cik lina lin

salam yuhuuuu selamat petang semua..tadaaa kita dapat award lagi..award yg ke-5 kalau tak silap...kali ni award ni cik lina lin yg kasi..hehehe maceh bebeh sebab kasi award ni kat kita..dah dapat award..kna plak buat soalan TAG yer..nyummmm3 jom kita lihat hehehe


1. Apa pandangan awak terhadap blog lina_lin?
blog kamu cantik lor..manyak daun2 berguguran..mesti penat sapu daun itu kan hehehe :P

2. Kenangan manis dalam hidup awak?
kenangan manis tu banyak..apa yg terbaik dan terindah itu ada lah kenangan yg manis macam gula2

3. Kenangan pahit dalam hidup awak?
kenangan pahit ekk..banyak jugak..apa yg mongokk dan tak best tu semua nya pahit macam ubat..ee tak suka..wekk2

4. Adakah awak dah berpuas hati dengan kehidupan awak yang sekarang?
walapun idup tak lah susah..tak jugak senang tapi sy sangat puas hati..tapi kalau dapat yg lagi baik..mesti sangat best kan apapun sy ttp bersyukur alhamdullilah ;)


5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi..
 3 jek? rasenya mmg byk lagi kot yg tak tcapai huhuhu..oleh kerana impian tu manyak..maka maleh plak nak type walaupun 3 jer hehehe bleh tak gitu??

akhirkata macehh cik lina lin sebab kasi award ni..award ni sy nak TAG kat sesiapa saja yg baca entry ni..kalau korang baca..jangan lupa tinggal kan komen dan amik awad ni tau..sharing is caring..

alasan perlu minum air kelapa

Air kelapa mempunyai pelbagai khasiat berbanding air buahan yang lain ,namun air kelapa lebih nutrisi berbanding dengan susu kerana tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak.Selain itu juga air kelapa dapat memperbaiki pengaliran darah dan mampu membersihkan saluran pencernaan.
Seterusnya air kelapa juga bukan sahaja membantu sistem imunisasi dalam badan tetapi membantu melawan pelbagai jenis virus penyakit.
Jadikan air kelapa sebagai amalan kerana dapat membantu mereka yang mengalami penyakit batu ginjal serta dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Mencukupi dengan hanya meminum segelas air kelapa dapat meredakan kesakitan akibat susah membuang air kecil.Pening dan mabuk juga dapat diredakan dengan meminum air kelapa yang mempunyai khasiat yang baik untuk badan kerana air kelapa mengandungi elektrolit dan potasium dimana potassium dapat mengimbangi tubuh untuk tekanan darah dan berfungsi untuk organ jantung.

nk tanya sikit arr

salam kawan2 yg dikasihi lagi di cintai sekalian hahaha ayat skema plak pepagi ni kan...aku nak tanya sikit arr..aku ada buat halaman baru kat atas tu..ingat award nak masuk kan kat dalam halaman tu..tapi masalahnya..aku tak sure dan tak tahu lah..macam mana ekk..nk kne pindah kat award2 tu kat dalam tu..nak kna copy paste ker?? nk kna buat entry baru ker?? atas bleh tarik2 jer macam kita ubah templete tu...tolong lah ekk..sapa yg bijak tu..meh arr jawap..serius aku tak reti doe..huhuhu