Thursday, March 10, 2011

khasiat ulam-ulaman



KESEDARAN tentang keperluan untuk kembali menggunakan herba alami dan ulam-ulam tempatan sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan  berterusan  mendorong pelbagai pihak memberi tumpuan kepada penggunaan dan khasiat yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Ulam adalah juadah penting dalam hidangan   harian di kalangan masyarakat Melayu dan trend itu kini menjadi ikutan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersam nasi sebagai pembuka selera.
Ulam mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia.
Selain itu juga, ulam-ulaman mengandungi serat, asid folik dan Zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah kajian saintifik juga membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan lemak dan juga merendahkan kadar kolestrol dalam badan seseorang.
Telah terbukti ulam berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi  manakala pucuk ubi pula mengandungi vitamin C  yang tinggi.
Malah berdasarkan penggunaan ulam yang berterusan, seorang warga emas mendakwa pelbagai penyakit dapat disembuhkan termasuklah kencing manis, darah tinggi, strok dan penyakit berbahaya yang lain.
Dengan khasiat dan nilai pemakanan yang tinggi itu, rakyat Malaysia disarankan supaya mengamalkan ulam-ulaman agar kulit kekal sihat dan awet muda sebagai altenatif untuk penjagaan kesihatan berterusan.
sumber : herba prima marketing


Wednesday, March 09, 2011

pelik...agak2 lah wei!!

ermm sbnarnya aku pelik dengan org yg buat contest atau GA kat blog ni..pelik bukan kat semua org arr..tapi aku pelik kat sesetengah manusia..dah tahu ko buat GA atau pun contest..tak kira lah benda tu dapat sambutan atau pun tak..ko dah suruh org buat macam2 ikut ko punya syarat2..bila org dah buat..ko ada ker datang check?? ada ker wei?? kalau ada..apa lah salahnya ko tinggal kan pesanan kat kotak komen tu..bukan kena bayar pun kalau ko nak type pape..kotak cbox pun ada..tinggal lah msg ko tu..cakap lah ko dah tgk pyertaan dia..haa happy lah hati org yg join tu..happy sbb ko dah jenguk pyertaan dia..tak mng pun tak pa..janji ko hargai lah apa yg dia telah buat..ni aku tgk..tak da pun datang komen pape..aku rase ko tak check kot semua ptryertaan kan...haiii kalau gitu..baik tak yah buat contest lah beb..kalau takat buat contest..ko nak ramai kan follower kat blog ko..ermm tak tahu lah kan...so sendiri mahu ingat lor..kalau dah buat dari mula tu..habeh kan lah sampai akhir..jangan lah buat kja stengah jalan jer..aiyooo org macam itu pun ada meh...sengal jer aku rase..penat jer org yg suka join contest tapi ko tak hargai..huhuhu..i benci org yg begitu!!

Tuesday, March 08, 2011

10 soalan sebelum bertunang ;))


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

sumber : iluvislam.com

Monday, March 07, 2011

kejap ada..kejap ilang

ishhh macam beskot jer aku ni update blog kan huhuhu sbnarnya hari tu udah semangat gila nak update blog hari2...tapi opis punya tenet plak kna potong hahaha...opis contractor tu tak bayar bil...so tak da lah supply tenet kat opis aku ni aiyooo sabor jer arr..hari jumaat tu baru lah tenet ni ok..ermm nak update kat umah pun tak bleh jgak sbb aku bukan nya ada laptop sndiri hahaha kecian jer kan..nanti lah insyaallah..kalau ada rezeki lebih..harus beli laptop gak ni cayokkkk2..semoga cita2 akan mjadi nyata chewahh..

p/s :- happy besday sis..love u much!!

Monday, February 28, 2011

10 petanda dia memang jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, February 24, 2011

contest aku & kucing



haha udah lama aku tak d tag..kali ni tag baik punya..tag oleh puan bee


dah lama gak arr tak join contest ni..tapi contest ni macam menarik jer..sbb tu aku join gak..lagi pun tanak hampakan kawan yg tag aku tu hehehe..so aku join arr contest Aku & Kucing tarikh tamat 2/3/2011-syarat-syarat klik sini tau-


tadaaa saya sayang kucing2 mak angkat saya hehehe...sbnarnya semua ni kucing2 mak angkat saya yang kat muor..saya mmg suka kucing..tapi umah kat kl ni tak sesuai untuk bela kucing huhuhu tak pape jer kan...so bila balik kat umah angkat kat muor..bleh lah men dengan kucing2 ni..sbnarnya kat umah mak angkat ada lebih daripada 20ekor kucing..ni adalah sebahagian daripada kucing2 itu..macam mana?? comel tak..haa yang ada love kat badan dia tu nama nya sayang..sayang ni sombong sikit tau.mayb sebab badan dia ada love agaknya ekk..yang atas sayang tu gambor pungut masa kecik..titow kat kosi hehehe..kita org jumpa pungut masa pegi pasor kat muar..mak angkat amik bawak balik dan bela..yang kecik kecik2 tu anak2 si meyah..meyah tak da gambornya..tapi kalau nak tahu..meyah tu calour oren sbnarnya..tapi anak2 semua ikut warna bapak kot ;)) yg warna putih gebu tu namanya plak boyot..kitaorg sayang sangat dengan boyot ni..masa kecik mata boyot selalu berair..mak angkat lah yg bersih kan..tak tahu lah boyot tu knapa..masa kecik selekeh..bila dah besor kemain boyot dan tomey lagi..boyot ni kucing jantan..kita org (aku, kepek (anak mak angkat) & mak angkat) pegi sunatkan dia..tanak dia noty2 hehehe...so kasi sunat sbb tu lah dia besor dan gebu..penah aku dengan kepek men2 kan boyot ni,.biasalah kalau udah gomok dan moncit..mesti tak larat nak lari2 kan..haa kitaorg buat boyot sampai susah nak nafas hahaha dan ada kucing lagi seekor sampai kna sawan..jahat aku dengan kepek masa tu..nasib baik mak abah marah kitaorg sikit jer..kalau tak mesti dua2 kna tampo aku rase..tapi skrg boyot dan tak da lagi huhuhu...boyot baru jer mati lepas CNY yg lepas..ermm sayang gila kat boyot..sekarang semua tinggal kenangan jer.. :'( miss u boyot..aku paling windu kat dia..last jumpa masa raya aidilfitri lepas jer uwaa..


saya mahu TAG : miss nur aka kepek ;))

Wednesday, February 23, 2011

leher terseliuh

huhuhu tak tahu macam mana bleh jadi..cite nya macam ni..semalam balik kja..tak tahu lah aku ni kenapa agaknya..rehat2 kejap dan terus pegi masuk bilik air dan mandi, mak ayah pun pelik sbb aku selalunya tak macam tu haha..masa mandi ok lagi..rasenya jadi masa aku syampu rambut kot..tak tahu lah macam mana aku syampu rambut kan..lepas mandi leher aku dah tak bleh nak gerakkan..gila sakit wei..memula ingat tanak g klinik..tapi macam teruk plak..aku apa lagi..nangis2 dan ajak mak dengan ayah hantarkan aku kat hospital ampang..

pegi hospital ampang dalam pukul 8 malam..ramai jugak org masa tu..huhuhu thanks mak n ayah sebab hantar kngah g hospital..tapi ayah bawak keta adui gila laju..makin sakit leher aku hahaha...aiyooo aku dah cakap sakit2 pun..ayah buat derk jer cehh..kejam btol ayah malam tadi wekkk2..so lepas2 check..dan leher aku kna xray gak..doktor cakap leher aku terseliuh..siap buat lawak cakap aku mandi ker brenang..cehh nasib baik ko ensem doktor..kalau tak..huh ciss jer tau..lepas habis check semua..balik umah..dalam pukul 11.45 gak arr...ermm dah balik umah pun leher aku still sakit gak, aku siap tanya doktor..makan ubat leher bleh elok ker?? hehe..tp sampai umah aku terus makan ubat dan sapu ubat gak (padahal susah sbnarnya nak makan ubat..dh sakit sangat..tpaksa gak arr makan)..

ermmm ingat kan ok lah..punya lah susah aku nak tidur malam tadi..aku lena dalam pukul 4pagi kot...pagi ni plak aku kja macam biasa huhuhu..g keja drive keta dengan keadaan leher yg tak bleh nak pucing dan toleh 100%..korang bayangkan lah macam mana aku bawak keta..aku pikir pun..lawak pun ada hahaha..ni kat opis..leher aku still sakit lagi..ingat jap lagi nk makan ubat arr huhu



Tuesday, February 22, 2011

contest tangkap leleh anjuran puanbee.com


Syarat-syarat nya mudah jer tau :))

1-follow - DONE
2-letak banner di atas didalam entry (banner hb tak perlu lah)- DONE
3-buat tajuk - contest tangkap leleh anjuran puanbee.com - DONE
4-Dalam entry tersebut :
-cari entry pertama blog www.puanbeee.com-Letakkan tajuk sahaja didalam entry
* rahsia kita berdua
-cari satu entry yang membuatkan korang tangkap leleh dan huraikan kenapa anda suka entry tersebut.
* entry yang paling best " una nak minum milo" hahaha una budak yg tomey dan pelat..kalau jumpa dia..punya lah banyak cakap..tapi dalam2 banyak benda yg dia cakap...cuma sikit jer yg aku paham..hehehe mesti semua kompius kan macam mana aku kenal una...sbnarnya aku ni kawan puanbee..kami kenal kat dunia bukan realiti ni arr..dari situ kami kan dan akhirnya sekarang menjadi sahabat yang baik jugak aku rase..suka sangat kat bee ni..dan lah peramah..kalau cakap non stop..syok gila g umah dia..pegi jer mesti dia ada buatkan manisan untuk saya (hahahaha aiyooo udah lari tajuk ni ampun puan bee, saya join ni pun just untuk memeriahkan tangkap leleh itu hahaha..tak mng pun tak pa..janji apa yg penting..kejasama..won wonderpet)...cite balik pasa una tu..aiyooo itu budak..udah lah cute..kalau buat milo..mesti milo yah lebih kan..dia pun suka makan milo gitu jer..budak2 skrg kan..rosak gigi nanti tahu arr..untuk una..jangan milo banyak sgt..tak elok untuk kesihatan..untuk kecerdasan tak pa..tapi tak leh slalu ekk..lebiu bebeh..ni jer kot..tapi pape pun..semua entry ko best..macam2 adaaa :P

saya nak tag :- cik kepek, puan yun dan semua yg baca entry ni (yg ada blog jer arr..kalau tak da blog..macam mana plak nak buat entry kan hahaha) :P

kalau korang nak join..click kat link ni ekk (puanbee contest)

Monday, February 21, 2011

incik HP udah nazak

uhukkkkkk3 incik HP saya udah nazak teruk..dia udah tak bleh baca memory kad lagi..asyik nak suruh remove simkad jer tau..incik hp..jangan lah buat hal..tuan ko ni tengah pulus mania bgelora..mana dia nak cekau duit beli yg baru..kalau org nak hadiah kan HP kat dia tak pa jugak..ni tak da tau...jangan harap lah senang kata hehehe..adoiii tolong lah pulih incik HP..jangan kasi tuan kamu ni geram..nanti kamu kna baling kat dinding tau..tak pun kamu kna tanam hidup2 huhuhu...uwaaa taksuka..

p/s :- suka sangat lagu baik2 sayang fm wali band..bila layan rase bleh nangis kot hahaha..sensetif gila wekk..ni antara lirik2 nya..layannn "aku tak ingin kau mnangis bsedih..sudahi air mata dari mu..yg aku ingin erti hadir diri ku..kan menghapus duka mu syg..kerna bagiku..kau kehormatan ku..dengarkan,dengarkan aku..hanya satu pinta ku..untuk mu dan hidup mu..baik2 syg..ada aku untuk mu..hanya satu pintaku di siang dan malam mu..baik2 syg..kerna aku untuk mu..♥"

Sunday, February 20, 2011

jujur

ermm salah ker kalau kita bercakap benar?? salah ker kalau kita jujur?? salah ker kalau kita berkata2 sesuatu yg kita rase btol?? salah ker masalahnya skrg ni?? saya tanya lagi ni..salah ker??? haaaa sila jawap yer incik2, puan2 dan kawan2 yg d cintai sekalian..dalam situasi saya skrg ni..saya rase susah nak bkata jujur sangat..bercakap pun untuk jaga hati dan perasaan org..hati dan perasaan kita..sapa plak yg nak jaga??? haiii sbor lah banyak2...harap2 saya still jd org yg penyabar walaupun hakikatnya saya udah hampir tak tahan..tolong lah saya..saya tak suka sbnarnya, bila pikir saya rase geram..bila luahkan..org cakap saya ni bukan2..yea arr yg baik itu kamo..yg jahat, buruk dan kejam itu saya!!

Saturday, February 19, 2011

company annual dinner

semalam company tempat saya kja ni buat annual dinner kat grand dsset subang jaya...sat best lah jugak..tapi yg tak best nya...saya tak kenal pun budak2 kat HQ nun...so makna nya semalam saya lepak 1 table dengan budak2 kat site ni...ermm dapat plak dok kat sblah laki kuat tdow..dan sebelah lagi laki banyak cakap..gila tak best..tapi tak pa lah kan..tak kira lah diaorg semua laki dan saya sorang jer pompuan...dok kat situ lagi better daripada dok dengan org yg kita tak kenal...saya sampai kat sana dalam pukul 5.30ptg (ermmm masa pegi tu..ada lah budak cina laki ni tumpang..ingat kan dia nak tumpang pegi jer, tapi balik pun dia suruh saya hantar dia jugak..dah arr umah dia kat jalan klang lama..lepas tu punya kedekot mamat ni..dah tumpang org..bayar parking pun buat bodoh jer..sy yg kna bayor sorang2...lepas tu duit minyak pun tak hulur..cehh sungguh tak bagus laki ni..nasib baik arr aku tak tinggal kan ko kat tepi jalan smlm tau huhu..len kali jagan harap nk tumpang lagi (hahaha kedekot suda)

syokk lah jugak semalam..dapat lucky draw arr..yg tak best nya balik lewat..sampai kat umah dalam pukul 1.30pagi..dan pagi ni kna plak kja..nasib baik hari ni sabtu..kja half day jer..haa jom cuci mata tgk gambar smlm hehe..

 tadaaa hadiah lucky draw smlam..saya dapat stand mixer hahaha..haruslah lepas ni saya rajin buat kek dan beskot kan yehaaa..sangat sukaaa...









ada 10 hidangan sbnarnya semalam..tapi sempat amik gambar2 ni jer..nak amik gambar semua..budak2 site tegur..amik gambar nak letak kat FB ker hahaha aku just senyum jer :)) wekkkkk sibuk jer diaorg tu tau..aku nak amik gambar pun tak senang huhu..

Friday, February 18, 2011

antara masak dan kemas umah..

hehehe antara masak dan kemas umah..yg mana 1 korang paling suka buat..kalau saya lah kan..saya lagi suka masak..kalau kemas umah ni bukan nya tak suka buat..tapi tak bape minat arr..tak suka arr nak kemas2 umah (hehehe tapi umah saya kemas jugak ekk..sbb sy ada adik yg suka kemas umah tapi tak suka masak hahaha, so sangat lah balance kami dok kat dalam 1 umah kan) haaa cerita pasal masak..ntah lah yer..mayb sebab saya ni kakak sulung dalam family..waktu sekolah rendah lagi udah blajar masak...mana tak nya...masa tu mak kja..adik2 plak ramai yg nak kna kasi makan..kalau saya tak masak..haruslah budak2 itu mati kebuluran hahaha..tapi syokk jugak masak2 ni tau..bukan susah sangat pun...kita letak jer hapa yg kita nak letak..asalkan benda tu sesuai..haa mesti sedap punya..jangan wisau arr...mesti ada org puji sedap..(dengan alasan, nak suruh kita masak selalu lah tu wekkkk)..skrg saya udah kja..so saya akan masak bila time coti jer arr hehehe..
tadaa ni lah lauk yg saya masak minggu lepas (udang sambal (asalnya nak masak gulai cili api udang ni..tapi malas nk g kedai beli kelapa..so sambal kan aja lagi senang dan murah), ikan sardin goreng cili api & sayur kobis goreng 

hahaha jangan tak tahu..saya kalau masak, suka sangat masak banyak2 lauk..tak tahu knapa..sampai mak slalu bising..ko ni masak banyak2 lauk..sapa yg nak makan?? tapi lauk tu habeh jugak diaorg semua makan wekkkk :P, lagi 1 ayat mak..ko jangan masak pedas2 sangat ngah...nanti semuaorg tak leh makan..hahaha mana pdas pun mak..sbb saya pun dah tak kuat makan pedas lagi..kalau makan pedas..harus lah nangis sok sek sok sek :))..last2 mak cakap..ermm sdap jugak ko buat masak gitu kan..hahaha mak suka buat ayat manis tau, nak suruh saya masak slalu kan elehhh ngada jer..lebiu mak..

Thursday, February 17, 2011

YA!! sy mmg budak GEMUK!!

Pic : Search dkt google
thanks sebab menjadi sahabat yg banyak mengutuk saya..mencaci dan merendah2 kan martabat saya..teruskan kata2 sebegitu kalau kamu rase itu jenaka tentang diri saya, teruskan lah yer..saya sangat2 menghargai apa yg kamu katakan tentang diri saya tu..saya terima hakikatnya memang saya ni budak gemuk dan sebagainya...cakap lah apa yg kamu mahu katakan sbb saya ni kan tunggul kayu..saya tak da perasaan sbb tu kamu sewenang nya kata begitu dekat saya kan....saya jugak bersyukur sebab punya ramai kawan yg banyak mencaci daripada sahabat yang memberi saya semangat....thanks semua sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui dan memahami apa yg saya rasekan...alhamdullilah...

Wednesday, February 16, 2011

happy besday kepek 090211

happy berday my bff aka anak mak angkat aku yg kat muor hehehe..sbnarnya besday kepek (nama sbnor cik nora yer kawan2 hahaha) ni 9hb February yg lepas..besday udah lama berlalu..cuma aku jer baru nak type entry ni hehehe...ermm 9hb masa besday kepek tu..aku mmg dah amik coti awal2 pun..niat kat hati aku ni..mmg aku nak surprise kat dia sblum dia jadi bini org tahun ni..akhirnya aku sampai gak kat ipoh..dan surprise yg aku buat tanpa bincang dengan sapa pun akhirnya jadi jugak tau hehehe..

happy besday kepek..aku harap ko sehat selalu, murah rezeki..happy dan bahagia hendaknya ekk..tahun 2011 ni ko dah nak jadi bini org kan..dapat jugak aku surprise kan ko..walaupun apa yg aku buat tu biasa jer.aku harap ko happy yer..sebab aku tahu ko dalam tekanan sekarang ni kan sbb nak uruskan pasal kahwin ko lagi..lebiu so much kepek..aku harap apa yg terbaik tu sentiasa untuk kita aminnn..
 kami

 kepek & dak tenyum (aiyooo gambar senget..hahaha)

cup cakes yg aku tempah dan bawak dari kl pergi ke ipoh :))

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul semua

hari ni semuaorg coti kan..sy pun coti jugak..coti tak g mana pun..dok kat umah jer arr..itu lah koje saya bila tak koje hehehe...dok umah lagi best dari kuar bjalan2..tapi kalau g melancong saya suka plak ahakkkz..so d kesempatan ini..sy nak ucapkan salam maulidur rasul kepada kamo..kamo dan kamoo..so mari lah kita banyak kan selawat ke atas nabi junjungan kita..nabi Muhammad s.a.w..

Monday, February 14, 2011

explorace

hehehe semalam coti..biasalah..selalu nya dok lepak kat umah jer..tapi semalam aku join explorace yg putri umno dengan inmind jalankan..dah lama jugak aku tak aktif put3 ni..semalam member msg..lagi pun aku tak da buat apa..dok kat umah pun bosan gak..tu yg join gak explorace ni..syokkk gak join tau..walaupun dia buat pukul 2.30ptg..time tu matahari tpacak kat atas kepala lagi..punya lah paneh..tapi aku hentam jer..aku join jugak..gasak arr kan..org puteh leh itam..tak kan org itam tak leh jadi puteh (hahaha tetiba jer tettt :)))

so best jugak explorace tu, macam2 pgalaman yg aku dapat..paling best masa game..banyak benda lucu yg jadi hahaha mongok jer..start pukul 2.30..habis dalam pukul 5 gitu lah..pganjur pun pandai..bukan nak terus umukan pemenang nya..ni nak suruh datang kat axis atrium belah malam nya plak untuk pyampaian hadiah..so malam tadi aku g arr so kumpulan KUNING mng explorace..yehaaaa aku lah salah sorang pserta kumpulan kuning tu..korang nak tahu dapat apa...teng3..dapat hamper 1 yg kna kongsi 12org...aiyooo manya kecik itu hamper..dan nasib baik lah hamper tu ada 12 item..so sorang amik 1 barang..(sowie arr gambar explorace dengan hamper tk sempat nk amik..mayb pganjur ada gambar tu..tapi kat aku mmg tak da..yg ada cuma kat bawah ni jer)

 hehehe sblum g kja makan cekelat dlu dlm keta wekk2 :P

 ni gambar masa pyampaian hadiah malam tadi..

ni arr salah 1 item dari pada hamper yg kami dpt..sy pilih cekelat ni hehe..

Sunday, February 13, 2011

peti sejuk

hehehe udah hampir sebulan kot peti ais kat umah rosak...dah panggil jugak org untuk datang repair..biasa lah kan..panggil sblum CNY hari tu..dahh arr liat nak datang..sampai nak kena call banyak2 kali..lepas tu bila dah datang..up plak harga tinggi2..cehh amik kesempatan btol lah..rase nak tampo jer org itu tau..padahal bukan rosak apa pun..semua ok kot..nasib lah aku tak reti nak repair2 ni..kalau tak..aku buat sndiri jer huhuhu..

ermmm sowie mak..sebab mak banyak kali ajak kngah pegi survey peti ais..tapi kngah asyik kata nantilah jer hehehe nasib baik mak seorang yg penyabar kan..kalau tak kngah rase..mesti udah lama kngah kna tirajang dengan mak..esok kita g survey peti ais sama2 tau..lebiu mak so much muaahzz

p/s :- i love my mum so much..

Saturday, February 12, 2011

semangat!!

ermm dah lama aku pikirkan..dan lama jugak aku tak menjalankan...tapi kali ni aku nekad..dengan semangat yg baru..aku tak tahu dari mana datang nya semangat itu..tapi yg pasti..aku akan melakukan perubahan..tanak lah sentiasa jadi macam ni..asyik d cemuh dan d caci..apa ingat aku tak da perasaan ker?? hello aku manusia yg penuh dengan perasaan ok..kata2 kau itu,aku jadikan semangat untuk aku teruskan pejuangan hidup ini..dan aku akan bukti kan..aku mampu untuk lakukan!!..lakukan bukan untuk engkau atau pun sesiapa..tapi untuk diri aku sendiri..yeahhhh semangat!!

Friday, February 11, 2011

bertukar

yehaaa blog saya udah bertukar..ala2 pink gitu..siap ada ladybird lagi huhuhu saya sangat happy dan suka..hari jumaat yg mulia..dapat plak layout yg d design percuma oleh my BFF puanbee.com...thanks beb..ko slalu design kan blog ni tanpa mintak apa2 bayaran pun...thanks sangat..ni yg buat mud melonjak2 nk aktif story mory lagi ni hahaha..ermm tu jer untuk hari ni..tunggu hari esok dan seterusnya..saya pasti akan update blog ni yehaaa...macehh my dear fren..kalau korang nk tgk blog dia...click kat link ni ek.. PUAN BEE