Saturday, November 27, 2010

khasiat belimbing



Belimbing atau nama saintifiknya,  Averhoa crambola merupakan salah satu jenis buahan tropika popular yang enak dan boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk.Buah belimbing bukan saja enak dimakan, tetapi buahnya juga boleh dibuat jus serta mempunyai pelbagai khasiat terutamanya mencegah tekanan darah naik.

Belimbing mempunyai pelbagai khasiat. 

Belimbing tergolong di antara buah yang dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam tubuh, bahkan belimbing mampu mencegah timbulnya penyakit hepatitis.Buah ini merupakan sumber vitamin, khususnya vitamin A dan C, sebagai antioksidan serta mampu mencegah penyebaran sel-sel kanser dan meningkatkan daya tahan tubuh.Belimbing memiliki kandungan energi kalori, protein, lemak, karbohidrat, mineral, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, serat, dan air.

Selain itu belimbing juga memiliki kandungan serat yang baik sehingga dapat membantu melancarkan proses pencernaan, dan mengandung kadar kalium tinggi, serta natrium yang rendah sebagai ubat hipertensi.Bagi pengidap kencing manis, belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi


2 comments:

mohad said...

salam ziarah

Miss Appleijo said...

hehehe thanks sebab ziarah yer mohammad