Wednesday, November 24, 2010

petua diet sehat

Ramai orang mahu menguruskan badan dan pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Berikut ialah petua untuk diet yang sihat:

* Potong buah-buahan yang digemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
* Sekiranya anda peminat roti, pilihlah jenis ‘wholegrain’.
* Jauhi makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus dan baca dahulu label makanan mengenai kandungannya.
* Pilih mentega yang kurang lemak.
* Catatkan semua makanan yang anda makan selama dua minggu.
* Cari rakan-rakan untuk sama-sama berdiet kerana secara tak langsung, ia akan memotivasikan antara satu sama lain.
* Cara baru untuk membantu anda berdiet ialah gunakan penyepit ketika makan. Ia akan melambatkan anda makan dan cepat kenyang.
* Utamakan kualiti makanan berbanding kuantiti.
* Tambahkan sedikit rasa pedas atas rempah ratus dalam makanan bagi meningkatkan metabolisma tubuh anda.
* Soya merupakan alternatif terbaik untuk susu rendah lemak.

2 comments:

ynn said...

suka entry yg mcm ni...;d

Miss Appleijo said...

hehehe suka ekk..nanti kira buat entry gini lagi yer